Willkommen

HOME ABOUT ONE TWO FOLLOW DBOARD




© Template by NUWEF
Image from TUMBLR | WHI
Bumi Tarbiyyah

propriétaire


Saat melangkah masuk ke Bumi Waqafan, aku bagaikan burung pipit yang kehausan tarbiyyah dan dahagakan dakwah. Memang jelas tergambar di wajahku. Itulah diriku yang sebenar. Diri yang inginkan seseorang untuk dibimbing. Lemah, futur semuanya sudah sebati dengan badan ini. 




Di sini aku belajar apa itu ikhtilat. Rasanya kamu juga maklum jika pernah ke kisas. Ya, memang kami 'diajar' untuk jaga ikhtilat, muslimin dan muslimat (panggilan lelaki dan perempuan di kisas) berbeza cara bergaulnya, tundukkan pandangan, bercakap dalam bahasa yang sopan, hormat guru. 




Apa yang menarik di kisas adalah 'Tarbiyyah'nya. Sesuatu sistem yang mengajar kami apa itu islam dan aplikasinya. kamu nampak ayat di COE tempat berkumpul tu ,tahu apa dia ?

itulah hasil tarbiyyah yang kami lalu.


Tarbiyyah itu mengajar erti kesabaran. 
Tarbiyyah itu mengajar kita untuk kasih sayang.
Tarbiyyah itu mengajar kita untuk kreatif.



Jangan cakap mengenai pengorbanan. Kerana memang seluruh tarbiyyah dan dakwah ini adalah pengorbanan kepada Allah.

" Beri apa yang kita sayang "

" Semangat,
Biar kau naik dan turun
Tapi jangan sekali-kali kau hilang "




Sentuhan tarbiyyah banyak mengubah diri ini dari keburukan kepada kebaikan, dari malas kepada rajin, dari kekeringan dan kekontangan kepada kesegaran, daripada kedekut kepada pemurah, daripada tak pandai nak mengurus masa kepada pandai dan bijak untuk mengurus masa, daripada tak berapa pandai nak bersosial (hanya dengan yang sama jantina ye, yang berlawanan tidak diajar) kepada manusia yang sangat bijak dan pandai bergaul. 

Alhamdulillah, best.


Dengan 'tarbiyyah' yang banyak kenalkan kami, sediakan kami untuk jadi helang di luar kisas.


* Dakwah itu perlukan semangat. Semangat itu datang daripada iman*


©