Willkommen

HOME ABOUT ONE TWO FOLLOW DBOARD




© Template by NUWEF
Image from TUMBLR | WHI
Salam Ramadhan Almubarak

Tidak ada yang lebih menggembirakan mereka yang masih mempunyai hati dan perasaan tatkala melihat senyuman yang diukirkan ahli keluarga KETIKA berbuka puasa;

Mak senyum pada ayah,
Ayah senyum pada mak,
Ayah dan mak senyum pada anak-anak,
Anak-anak senyum-senyum balik pada ayah dan mak,
Seluruh keluarga senyum dan riang.

Manakala yang sudah kahwin,
Isteri senyum pada suami,
Suami senyum balik pada isteri.
Sama-sama senyum sambil melihat perut isteri yang membawa baby.

Ini juga nikmat Tuhan.
Nikmat ada keluarga.
Maka, nikmat Tuhan yang manakah yang kamu mampu dustakan?

Senyum.

Pandanglah dulu wajah-wajah dan riak tingkah-laku ahli keluarga sebelum menyantap juadah.

Semua ni bakal jadi kenangan sampai bila-bila 





REALITI !!!


Syaitan-syaitan original sudah direman.

Harap-harap tak ada yang baik hati sangat hantar resume apply untuk iklan jawatan kosong SYAITAN SEMENTARA sepanjang Ramadhan kali ini.

Yang masih buka aurat tu, tutuplah dulu. Jangan rasa macam hipokrit tutup sempena Ramadhan je. Tak ada istilah hipokrit bila buat benda baik. Kami semua mengalu-alukan perubahan kamu. Malaikat di bumi dan di langit pun menanti untuk mendoakan kesolehahan kamu. Allah dan Rasul pasti lagi suka.

Kalau kita tak minat dengan pahala tutup aurat, jangan pula berminat mengurangkan pahala orang lain yang lihat aurat kamu. Orang lain nak masuk Syurga dan kami semua tak mahu mana-mana Muslim pun masuk Neraka. Termasuk kamu. Nak ajak kamu masuk sekali, boleh?

Sama-sama kita berubah.InsyaAllah.


©