Willkommen

HOME ABOUT ONE TWO FOLLOW DBOARD




© Template by NUWEF
Image from TUMBLR | WHI
COUPLE ISLAMIK?

propriétaire

Kisahnya mengenai 3 orang. Haikal, Safura dan Muhammad. Haikal dan Safura sama-sama belajar di sebuah Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh. Berapa lama kemudian, Haikal jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya anggun dan berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Haikal cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaannya pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan AJK pencegah maksiat sekolah. Akhirnya, dia hanya mampu menahan diri.

Beberapa tahun berlalu. Tibalah masanya apabila Haikal berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan, Dia mula mengatur langkah untuk menarik perhatian Safura. Pecakapan, tingkah laku semuanya berubah semata-mata inginkan kata-kata pujian dari bibir mekar Safura. Awalnya, semua tindakan Haikal seperti tulis di atas air. Katapun manusia, tidak mungkin Safura tiada perasaan suka, gembira, bangga dalam dirinya. Lumrah perempuan, akan cair juga dengan kata-kata ajnabi akhirnya. Lama kelamaan Safura akhirnya tewas pada pujuk rayuan Haikal. 

Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang Islam itu tidak membenarkan umatnya ber'couple'. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Haikal pula pakai serban dan jubah. 'Date' mereka bukan macam pasangan cinta cantun yang lain. Memang berlainan. Katanya bukan keluar untuk membuang masa. Keluar pun membawa al-quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan. Kononnya ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Haikal ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Haikal dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad mulakan perbicaraan dengan menyapa Haikal. Lalu Muhammad bertanya, "Have you married?" "No." jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here." tanya Muhammad. "Kami couple, tapi in Islamic way." jawab Haikal. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. 

Setelah beberapa lama Muhammad mendiamkan diri, dia akhirnya memulakan ceritanya, "Aku ni muallaf. Asal dulu aku Kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni? Seminggu aku ditahan wad." Haikal terdiam. Safura pula mula tundukkan wajahnya. 

Muhammad sambung ceritanya apabila melihat reaksi saudara seislam di hadapannya. "Kalau zaman Rasulullah dulu ada peingkat-peringkat dia. Tapi aku, mana ada. Jadi, time dekat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap pagi aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacum terus, Camnilah kehidupan aku dengan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Aku pun masak babi tadi. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. "Ustaz! Jom makan. Babi Islam nih." Tercengang Ustaz tu lalu terus berlalu sambil istighfar. Esoknya aku terserempak dengan ustaz berkenaan dan tanyakan kepadanya kenapa tidak singgah makan bersama. Ustaz tu pun cakaplah dekat aku. Yang HARAM TETAP HARAM dan tiada pemudahcara bagi menghalalkan yang haram. Ye, memang aku nak menangis waktu tu. Memang aku jahil sangat tentang Islam. Bila dapat tau babi tu haram, sampai sekarang aku tak pernah sentuh benda alah tu."

Bila terdengar kisah tu, Haikal dan Safura sedar. Kalau benda tu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. TERASA? Alhamdulillah. Maknanya masih ada kesedaran dalam diri kita. Bukan nak menghina sesiapa. Tapi, sedarlah akan hakikat sebenarnya. Tiada istilah cinta Islamik sebelum nikah ya. Sekadar kongsi. Wallahu a'lam.
©